Dunia ini ibarat pentas lakonan. Manusia itu pelakon dan pengarah utamanya. Al Quran dan As Sunnah itulah skripnya. Malaikat itulah jurugambarnya. Islam itu jalan ceritanya. Kiamat itulah kesudahan pengambarannya. Padang mahsyar tempat [penganugerahannya. Allah SWT jurinya. Syurga dan nerakalah trofinya..~

Monday, November 15, 2010

Jika Kita Ditakdirkan Begini

Sedarkah kita yang kita selalu melalaikan perintah Nya tapi mengambil akan pemberian Nya, merayu mengharap pada Nya bila kesusahan dan meninggalkan Nya bila kita senang Kenapa begitu wahai insan yang bergelar ISLAM...kita meminta dengan penuh tamak dan haloba tapi tak pernah mensyukuri apa yang di beri Nya.

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaaah...kecantikan alam ciptaan Allah swt memang tiada tolok bandingannya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang disajikan. aku duduk dan terasa akan kewujudan Nya. Lalu terjadilah perbualan yang menginsafkanku

apabila Dia bertanya padaku "Adakah kamu mencintai aku? "
lalu aku jawab " sudah tentu..!Engkaulah penciptaku masakan aku tidak mencintaimu."

Apabila Dia bertanya " jika kamu ditakdirkan cacat anggota,adakah kamu akan mencintai Ku? "
lalu aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku yang selama ini tidakku sedari kepentingannya . lalu aku jawab , " tentulah amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintai Mu."

Apabila Dia bertanya ' jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaan Ku?" bagaimana mungkin aku mencintai sesuatu yang tidak mampu aku lihat, tapi aku terfikir ramai orang ditakdir buta di dunia ini masih mencintai Allah dan segala ciptaan Nya lalu aku menjawab "amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun aku tetap mencintai mu Ya Allah!"

apabila Dia bertanya " jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kata-kata Ku?" bagaimana mungkin akau mendengar jika aku pekak. kemudian aku sedar mendengar tidak semestinya menggunakan telinga , tetapi menggunakan hati. lalu aku menjawab "walaupun takdir itu amat berat bagiku namun aku tetap mencintai Mu."

apabila Dia bertanya "jika kamu ditakdirkan bisu,adakah kamu akan terus memuji Ku ?" bagaimana aku boleh memuji tanpa suara ? akau terfikir bahawa Allah mahu kita memujinya dari dalam hati dan jiwa, tidak penting bagaimana bunyinya. lalu aku jawab " sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagi Mu, namun aku tetap akan memuji Mu."

Apabila Dia terus bertanya " adakah kamu benar-benar menyintai Ku?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian aku aku jawab " Ya, benar Tuhanku aku tetap mencintai Mu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar !"

aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk semua pertanyaan Nya tadi.

Tetapi Dia bertanya lagi "kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?" aku jawab " kerana aku cuma insan biasa yang selalu lalai, aku tidak sempurna dan aku bukannya maksum"

Dia terus bertanya " kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan kamu gembira kamu lupa akan Aku, kamu lari jauh dari Ku tetapi ketika kamu susah kamu mahukan bantuan Ku, kamu terus ingat dan merayu pada Ku? mengapa kamu kadangkala sujud menyembah Ku dan kemudian kamu membelakangi Ku, tidak pedulikan Ku? mengapa kamu datang mencari Ku hanya ketika kamu mengingati Ku? mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan pentingkan diri sendiri? mengapa kamu meminta pada Ku sedang kamu tidak setia pada Ku? mengapa kamu sentiasa beralasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat kejalan Ku?"

kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti....aku tidak mampu berkata apa-apa lagi...